|
PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG
v
Sinopsis
Setelah isteri Sultan Mahmud mangkat,
baginda mahu Laksamana dan Sang Setia meminang Puteri Gunung Ledang untuk
dijadikan permaisuri.
Tun Mamat bersama-sama dengan orang Indragiri diberi tugas menebas
semak di jalan. Setelah menempuh pelbagai kesukaran dalam perjalanan
terutamanya angin yang bertiup kencang , akhirnya Tun Mamat dan Laksamana ,
dan Sang Setia sampai ke separuh perjalanan. Tun Mamat dan orang bawahannya
meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Ledang , sementara Laksamana dan Sang
Setia berehat.
Tun Mamat sampai di sebuah taman. Taman ini dihiasi dengan bunga-bungaan dan buah-buahan. Di samping itu,
terdapat juga burung-burung yang bersiul seperti bernyanyi , bersyair, berbait
, berseloka, dan bergurindam. Tumbuh-tumbuhan kelihatan seperti mengilai,
tersenyum, dan boleh berpantun pula.
Tun Mamat ternampak juga akan sebuah balai yang dibuat daripada tulang
dan atapnya dibuat daripada rambut manusia. Di situ terdapat seorang perempuan
tua bernama Dang Raya Rani. Tun Mamat menyampaikan tujuan kedatangannya, iaitu
hendak meminang Tuan Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Melaka. Dang Raya Rani
sebagai pengetua kepada tuan puteri segera pergi berjumpa dengan Tuan Puteri
Gunung Ledang.
Sesaat kemudian datanglah seorang perempuan tua yang bongkok berlipat
tiga. Perempuan tua itu memberitahu Tun Mamat tentang syarat-syarat yang
ditetapkan oleh Tuan Puteri Gunung Ledang, iaitu satu jambatan emas dan satu
jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang. Hantarannya pula ialah hati
nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang
muda setempayan , darah raja semangkuk, dan darah Raja Ahmad semangkuk.
Tun Mamat pun turun dari puncak Gunung Ledang lalu bertemu dengan
Laksamana dan Sang Setia yang menunggu di tengah perjalanan. Mereka pun
kembali ke Melaka lalu mempersembahkan syarat-syarat yang dikenakan oleh Tuan
Puteri Gunung Ledang kepada Sultan
Mahmud. Sultan Mahmud membatalkan niatnya kerana tidak sanggup memenuhi syarat
yang terakhir, iaitu mengambil semangkuk darah Raja Ahmad.
|
PERHATIAN!!! The Asia Malaysia Data Solution bukan SKIM CEPAT KAYA mahupun Multi Level Marketing (MLM). Anda tidak akan diminta untuk mempromosikan apa-apa atau mencari ahli bawahan anda (Down Line), anda hanya perlu mengendalikan perkhidmatan yang diarahkan atas permintaan pelanggan yang dihantar ke e-mel anda. Sistem yang unik ini hanya boleh didapati dalam The Asia Malaysia Data Solution sahaja. |